Iklan Untuk Disewa




Hot!!: Misi Pencarian 100 VIP Galeri Hijab, 60 kekosongan untuk diisi. klik sini

Monday, May 3, 2010

Tip untuk laman web bisnes!!

Posted by Mohd Danial & Nurul Syuhada at 1:09 AM
assalamualaikum w.b.t

hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda, sedikit tips, untuk diri saya sendiri, dan untuk anda jua, terlebih dahulu, saya nak mintak maaf kalau apa yang saya sampaikan ini ada kekurangan,
sesungguh nya yang baik itu dari allah swt, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri,
.
.
ok, dalam bulan april hari itu, saya ada menhadiri ceramah yang diadakan oleh irfan khairi iaitu jutawan yang saya rasa anda memang kenal beliau... ada sapa-sapa yang tak kenal lagi????
isk... tak patut, sebagai yang mempunyai bisnes internet, anda patut kenal beliau,
.
.
ok, saya teruskan dengan apa yang saya ingat, disebabkan saya hanya mendengar tanpa mencatat, jadinya..... terima la tips yang tak seberapa ni,
APA YANG PERLU ADA

1. Gambar
Yang paling penting adalah gambar... 
bukan gambar patung.. gambar bunga.. tapi gambar kita sebagai pemilik laman web.
pastikan anda letak gambar, kerana tanpa gambar, 70% pengunjung tidak akan percaya kepada kita..
2. Order Form.
 Order Form, ye... masih banyak, laman web yang tak mempunyai form, masih ada yang meminta pelangan kita menghantar email kepada kita untuk membuat tempahan,
kita akan kehilangan 80% pelanggan, kerana pelanggan akan merasa leceh untuk membuka email, jika dihalaman kita telah mepunyai form, ia akan memudahkan pelanggan kita berurusniaga.
tempat yang paling sesuai untuk diletakkan adalah dibahagian atas.
Kepada sesiapa yang belum ada order form, boleh buat dari sekarang,
saya bagi cadangan antara servis yang mudah untuk kita,
daftar dan ikut arahan yang dikehendaki, copy n paste code, selesai..
jika ada sesiapa yang ada masalah boleh drop komen kat saya, saya akan cuba bantu.

3. Iklan Nuffnang

pada dasarnya, pembaca tidak suka iklan. Namun kita berpegang pada nasihat Niccolo Machiavelli, diplomat dan pemikir falsafah politik yang terkenal di Florence, Itali, Perancis dan Jerman, "Walaupun tidak mungkin disukai setiap masa, adalah penting bagi tidak mungkin disukai setiap masa."
iklan nuffnang juga adalah untuk kita sendiri, dari sini itu boleh lihat trafic kita, dari situ kita tahu, ada ke orang tengok laman web kita?
Nuffnang adalah program pengiklanan melalui blog dari Asia. Komisen dibayar mengikut mata wang negara masing-masing dan dibayar terus keakaun kita.
Pendaftaran dapat dilakukan di www.nuffnang.com.my

Pendaftaran Nuffnang
- pastikan kita mempunyai akaun e-mel peribadi.
- daftar di www.nuffnang.com.my melalui butang 'sign up'. isikan butiran yang diminta.
- selepas disahkan, layari laman Nuffnang dan akses melalui 'sign in' dan dapatkan kod HTML untuk diletak di laman web kita.

Iklan yang perlu dielakkan adalah:
- Pop-up iklan, pop-up iklan ni adalah iklan yang secara automatik yang dipaparkan pada paparan window baru. ini akan menyebabkan masa memuat turun laman web akan menjadi lambat.
jadi lupakan la untuk meletak iklan seperti ini,
 contoh iklan pada laman web ifran khairi, saya tidak kata salah untuk kita letak.. tp jika nak mudahkan orang memasuki laman kita, kita boleh elakkan untuk meletak iklan seperti ini, mungkin jika kita dah kaya seperti irfan khairi, kita boleh letak,

- iklan menggunakan aplikasi java, java adalah bahasa program yang diperkenalkan oleh Sun Microsystems. Ia dihasilkan bagi aplikasi tambahan lain. salahsatu adalah mencipta iklan terapung yang terpapar pada skrin. Pembaca perlu tutup terlebih dahulu jika mahu meneruskan membaca isi kandungan laman web.. ia menyukarkan pembaca.
contoh iklan java yang akan keluar bila kita bukak satu laman, tidak salah untuk letak, tetapi ia agar sesuai untuk diletakkan di laman web peribadi,
ok... sampai disini dahulu, harap dapat membeli sedikit panduan, dan mohon maaf sekali lagi jika terdapat kekurangan,diharap tiada rasa makan hati dgn nukilan saya ni.

sesungguhnya 9/10 rezeki datangnya dari berniaga, jujur dalam perniagaan, dan semoga kita memperolehi rezeki yang diberkati.. amin...
 
p/s: tolong tinggalkan komen anda, komen anda amat diperlukan, 
i support u, u support i, dan semua orang akan support u balik, 
insyaallah..

9 comments:

JCScollection on May 3, 2010 at 2:10 AM said...

sha form JCS,
sgt2 menyokong you dear,
tips yg sgt bergune,
thx kerane sudi berkongsi <3

Mohd Danial & Nurul Syuhada on May 3, 2010 at 3:34 AM said...

jiwachentaSTUFFY : thank kerana sudi baca

SweetRemedy88 on May 3, 2010 at 6:11 PM said...

fira from Sweet Remedy88
Terima kasih sbb sudi berkongsi antara maklumat y anda dpt spnjag ceramah tersebut.. betul2 berguna kpd saya..^__^

TOKEY ANGGUN on May 3, 2010 at 8:26 PM said...

hai...nk tnye..nnt kan yg form tu kan akan diantar ke mane erk??

Mohd Danial & Nurul Syuhada on May 3, 2010 at 10:16 PM said...

sweet remedy88 : welcome, hihi, tp byk sy yg tambh sendiri, sbb xdgr btol2..

tokey anggun : semua akan dihantar ke email kita, dia akan minta email..

SchweetSchawl on May 5, 2010 at 1:16 AM said...

Salam.

Thanks for sharing the tips.
Saya ni pemalu, terpaksa rela gitu letak foto sendiri kat blogshop. hahaha. sudah semestinya foto yang pakai produk kedai saya ;)

Ima.

mayskitty on May 11, 2010 at 6:15 PM said...

yah .Gud Tips

Anonymous said...

tips yg menarik!! kalau ada lagi..share la ye?

Mohd Danial & Nurul Syuhada on May 12, 2010 at 1:50 AM said...

thank kitty n triolicious,

ada tips lg.. tp t sy share..

 

Galeri Hijab Copyright © 2010 Galeri Hijab is Designed by NurulDanial Sponsored by TentangKami